Social Icons

Apa itu Billplz?

Billplz merupakan Payment Gateway yang paling sesuai, jimat, murah dan paling mudah.


Kelebihan Billplz adalah anda tidak perlu memiliki eCommerce website pun untuk mempunyai Payment Gateway Billplz. Kenapa? Kerana Billplz mempunyai fungsi untuk create invoice payment, anda boleh menghantar bil melalui email atau di blog dan website anda.

Anda hanya perlu create Payment Form dan juga boleh terus terima bayaran melalui email.


FREE REGISTRATION. NO YEARLY FEES
Percuma. Ya. Mendaftar dengan Billplz percuma. Kebanyakan Payment Gateway lain mempunyai yuran tahunan berharga beratus-ratus setahun. Sebab utama saya memilih Billplz adalah kerana tiada sebarang bayaran dikenakan apabila mendaftar dengan Billplz.

Yuran tahunan pun tiada. Siapa tak suka dengan perkataan percuma, betul tak? Sebagai online seller, pastinya kita mahu menjimatkan kos perniagaan. Jadi anda tidak perlu lagi membazir bayaran yuran tahunan untuk Payment Gateway.


KADAR RATA
Hanya RM1.50 sahaja untuk setiap bayaran dikenakan.
Jika anda menjual barang berharga RM100, RM500, RM1000 pun bayaran tetap RM1.50 sahaja. Saya merasakan ianya sangat murah jika dibandingkan dengan Payment Gateway lain yang mengenakan bayaran 2.8% - 3.9% untuk setiap barang.

Jika menjual barang berharga RM100 menggunakan Payment Gateway lain, anda dikenakan bayaran RM2.80 untuk 2.8%. Jika menjual barang berharga RM500, anda harus membayar 2.8% dari RM500 iaitu RM14 kepada Payment Getaway untuk barang yang dijual.

Jadi dengan Billplz, anda dapat menjimatkan kos dengan kadar rata seperti ini. Tiada sebarang kos tersembunyi.


MENERIMA BAYARAN ONLINE BANKING MELALUI FPX
Hampir kesemua bank tempatan menerima bayaran untuk Billplz.

Senang saja, pelanggan hanya perlu click Buy, dan pelanggan akan dibawa ke halaman bayaran dan terus membuat pembayaran melalui FPX. Jika anda sudah biasa membeli secara online di mana-mana website dan mobile app, caranya sama sahaja.
Cimbclicks, Maybank2u, BSN, RHB, OCBC, Bank Islam, HSBC Bank, Kuwait Finance House, UOB Bank, Ambank, Bank Rakyat, Alliance Bank, Public Bank dan Hong Leong Bank adalah bank tempatan yang menerima bayaran melalui FPX.

FPX juga menerima Visa, Mastercard dan Paypal.


NEXT DAY SETTLEMENT
Tak perlu tunggu hari tertentu atau seminggu untuk mendapat bayaran.

Pemindahan wang akan dimasukkan secara automatik pada hari bekerja berikutnya ke dalam bank anda.



FUNGSI BILLING
  • Anda boleh menghantar bil kepada pelanggan melalui email dan pelanggan boleh terus buat bayaran melalui email
  • Menghantar peringatan untuk bil yang perlu dibayar melalui SMS
  • Menghantar invoice terus kepada pelanggan


PAYMENT FORM
  • Borang bayaran yang simple dan sangat mudah dibuat.
  • Boleh letak borang bayaran ini di website, blog dan di platform jualan anda


KOD API UNTUK PENGGUNA WEBSITE
  • Setting API membolehkan anda menjual barangan dan pelanggan membuat bayaran terus di website anda. Sesuai untuk menerima donation juga. MAKNA merupakan organisasi yang menerima sumbangan menggunakan Billplz.
  • Boleh integrasi dengan laman web dan Mobile App. 


PER PAYMENT RECEIVE PERCUMA (PPR)
Nak lebih jimat? Billplz menggunakan konsep Prepaid. Anda tak perlu risau mengeluarkan modal yang banyak kerana minimum topup hanyalah RM2. Jadi anda boleh topup dalam jumlah yang dirasakan perlu sahaja. Jika kredit tidak mencukupi, Billplz akan tolak jumlah yang perlu dari bayaran yang anda terima.

Tapi ada kelebihan untuk peniaga yang mempunyai sale yang banyak dalam sebulan atau setahun.

Jika anda topup RM1000 sebulan atau RM11,000 untuk setahun, tiada langsung bayaran dikenakan untuk setiap jualan.

Tapi jika anda mahu menghabiskan kredit tersebut, anda boleh menggunakannya pada bulan hadapan, dan anda boleh topup lagi untuk bulan seterusnya untuk PPR percuma.

Ia sangat disyorkan untuk peniaga yang mempunyai sale yang banyak dan lebih dari 700 transaksi sebulan atau lebih dari 8000 transaksi setahun.

Billplz merupakan Payment Gateway yang terbaik buat masa ini. Menjimatkan, selamat dan mudah untuk peniaga atas talian.
Kepada yang berminat dengan Billplz boleh mendaftar di sini.

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates